Mengapa Pengadil Ini Layangkan Kad Putih?
Dunia
Canal 11
Advertisements

Di media sosial Twitter, telah tular satu video dilihat seorang pengadil melayangkan kad putih kepada kedua-dua pasukan perubatan ketika Benfica menentang Sporting dalam perlawanan Piala Portugal Wanita semalam.

Kejadian tersebut terjadi semasa Benfica mendahului dengan keputusan 3-0 pada minit ke-44 itu, pasukan perubatan daripada kedua-dua pihak telah berlari untuk membantu seorang pemain yang dilaporkan sedang sakit waktu itu.

Walau bagaimanapun, selepas insiden itu selesai pengadil terus melayangkan kad putih kepada mereka sekaligus mendatangkan tanda tanya kepada sebahagian penyokong di dalam stadium sambil disambut dengan sorakan daripada orang ramai.

Advertisements

Difahamkan, kad putih itu merupakan peraturan baharu diperkenalkan di Portugal. Ianya adalah sebahagian daripada inisiatif baharu untuk pengawai dan pemain yang bersikap adil dalam membuat keputusan dan ketika pemain beraksi.

Ianya untuk meningkatkan lagi nilai etika dalam sukan bola sepak dan memaklumkan kepada semua orang bahawa pemain sedang bersikap adil dan jujur.

Perlawanan antara Benfica dan Sporting berakhir dengan keputusan 5-0, sekaligus membawa Benfica mara ke separuh akhir. Selepas kejadian tersebut, kad putih akhirnya digunakan buat kali pertama dalam sejarah bola sepak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram