Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh mencadangkan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar mengurangkan harga tiket untuk 2 aksi Malaysia di Piala AFF 2022.
Menurutnya harga tiket wajar dikurangkan terutamanya bagi kategori terbuka agar ianya membantu mempertingkat jumlah kehadiran penonton sekaligus mempromosikan budaya sukan sekeluarga.
“Terima kasih FAM atas usaha mengurangkan harga tiket namun saya mohon pertimbangkan pengurangan harga tier ‘terbuka’ supaya boleh meningkatkan kehadiran peminat sukan dan mempromosikan budaya sukan sekeluarga,” ujar Hannah Yeoh di Twitter.
Sebelum ini FAM mengumumkan senarai harga baru tiket Piala AFF dengan pengurangan RM5 untuk kategori terbuka namun ianya menerima kritikan sebahagian penyokong bola sepak Malaysia yang menganggap ianya terlalu membebankan.
Sementara itu, terdapat sebahagian penyokong menganggap peningkatan harga kali ini terlalu drastik sekaligus memberikan maklum balas negatif sebahagian penyokong yang ingin hadir menyaksikan Malaysia menentang Laos dan Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 24 Disember dan 3 Januari kelak.