“Mereka Sedang Kerja Dalam Diam” – Zamsaham
Dunia
IG Zamsaham
Advertisements

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman menyatakan bahawa hampir 70 peratus pemain Kelantan musim lepas akan kekal bersama bagi musim 2023. 

Beliau memaklumkan telah berhubung dengan jurulatih PJ City, P. Maniam dan ada perbincangan dilakukan. Namun, setakat ini masih belum ada keputusan muktamad dikeluarkan. 

“Dalam 60% -70% pemain TRW akan kekal.

Advertisements

“Jurulatih P. Maniam saya sendiri dah berhubung dengan beliau. Masih bincang dan belum ada keputusan rasmi.

Tambahnya, pasukan Kelantan kini dalam usaha untuk membuat persiapan terbaik menjelang musim 2023. 

Zamsaham dalam pada itu mendedahkan bahawa pihak pengurusan kini sedang bekerja keras secara ‘diam’ dan beliau berharap peminat dapat bersabar untuk menantikan apa perancangan sebenar TRW Kelantan musim baru nanti. 

Advertisements

“Pasukan saya sedang bersiap untuk musim 2023. Bila sampai waktu inshaAllah kami kongsikan. Mereka sedang bekerja dalam diam,” kata Zamsaham di laman Facebook miliknya hari ini.

The Red Warrior sah akan beraksi dalam saingan Liga Super 2023 selepas MFL mengesahkan telah lulus permohonan lesen kelab kebangsaan dan berjaya melengkapkan semua kriteria serta dokumen yang diperlukan oleh First Instance Body (FIB)

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram