Messi ‘Sertai’ J&T
Dunia
OptaJoe
Advertisements

Sebut saja nama J&T Express, semua tahu ia merupakan sebuah syarikat logistik yang popular dan beroperasi di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Dan bagi memperkukuh jenama mereka agar terus dikenali ramai, J&T Express telah melantik legenda Argentina Lionel Messi sebagai duta global mereka yang pertama.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, legenda Barcelona itu bukan saja mempromosikan J&T Express sebagai penyedia logistik terkemuka. Tetapi pada masa sama, mempromosikan syarikat tersebut sebagai pusat sehenti penyedia e-dagang pada setiap tahap rantaian bekalan serta sebagai pejuang dan pengamal semangat kebersamaan.

Pengarah Jenama Global J&T Express Rachel Liu dalam satu kenyataan berkata, “Kami merasa teruja dan melihat ini satu penghormatan berkolaborasi dengan Lionel Messi sebagai duta global kami. Beliau merupakan seorang atlet legenda di mana etika kerja, rendah diri dan dedikasi selaras dengan nilai-nilai yang cuba diterapkan di J&T. Melalui kesungguhan dan pencapaiannya, Messi menjadi inspirasi kepada semua orang. Ini bertepatan dengan nilai-nilai kami dalam membina sebuah perniagaan yang lestari, penyayang dan bertanggungjawab.”

Advertisements

Messi bila diminta mengulas perlantikannya sebagai duta globa J&T Express menambah, “J&T Express telah melakar pelbagai pencapaian mengagumkan semenjak ia dilancarkan. Kami berkongsi banyak persamaan dari segi minat dan keazaman untuk terus memperbaiki diri. Seperti mana sukan bola sepak yang menyatukan jutaan orang di seluruh dunia, J&T Express berusaha membangunkan solusi logistik untuk menyambungkan pelanggannya dengan dunia. Saya tidak sabar menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka ini.”

J&T Express bagaimanapun tidak mendedahkan kos kewangan yang dikeluarkan bagi membiayai strategi pemasaran terbaru mereka ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram