MFL Umum 60 Calon Pemain Terbaik Liga-M 2022
Dunia
MakanBola
MFL
Advertisements

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) anjuran MFL kembali lagi dan ia dijangka berlangsung secara maya pada penghujung Disember ini.

ABK22 diadakan sebagai meraikan pencapaian pelbagai pihak dalam arena bola sepak tanah air termasuk pemain dan jurulatih Liga Malaysia.

Advertisements

Untuk tahun ini, 16 kategori anugerah dipertandingkan iaitu:

  1. Penjaring Terbanyak Liga Super 2022
  2. Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022
  3. Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022
  4. Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022
  5. Penjaga Gol Terbaik
  6. Pertahanan Terbaik
  7. Pemain Tengah Terbaik
  8. Penyerang Terbaik
  9. Jurulatih Terbaik
  10. Pemain Muda Terbaik
  11. Pemain Import Terbaik
  12. Pasukan Terbaik
  13. Anugerah Fair Play
  14. Fan XI
  15. Gol Terbaik Liga Malaysia 2022
  16. Pemain Paling Bernilai (MVP)

Bagi kategori penjaring terbanyak, kesemua pemenang kategori Penjaring Terbanyak Liga Super 2022, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022, Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 akan menerima Anugerah Kasut Emas 2022.

Advertisements

Tetapi untuk ABK22, tahun ini merupakan tahun terakhir kategori Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 dipertandingkan.

Kategori Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 pula merupakan kategori baru di mana gol-gol terbaik Liga Malaysia ditentukan berdasarkan undian penyokong.

Advertisements

Berikut senarai 10 pemain terbaik bagi tujuh kategori dengan keputusan undian akan dibuat oleh 22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 22 wakil media.

CALON PENJAGA GOL TERBAIK

Advertisements
  1. Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)
  2. Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim)
  3. Fikri Che Soh (Kelantan United FC)
  4. Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Ta’zim II)
  5. Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC)
  6. Khairul Fahmi Che Mat (Sabah FC)
  7. Nik Amin Ahmad (Kelantan FC)
  8. Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)
  9. Samuel Somerville (Selangor FC)
  10. Suhaimi Husin (Terengganu FC)

CALON PERTAHANAN TERBAIK

  1. Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC)
  2. Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
  3. Dominic Tan (Sabah FC)
  4. Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC)
  5. Kamal Azizi Zabri (Kuala Lumpur City FC)
  6. La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim)
  7. Matthew Davies (Johor Darul Ta’zim)
  8. Nasrullah Haniff Johan (Negeri Sembilan FC)
  9. Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC)
  10. Shahrul Saad (Johor Darul Ta’zim)

CALON PEMAIN TENGAH TERBAIK

Advertisements
  1. Afiq Fazail (Johor Darul Ta’zim)
  2. Akram Mahinan (Kuala Lumpur City FC)
  3. Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)
  4. Brendan Gan (Selangor FC)
  5. David Rowley (Sri Pahang FC)
  6. Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)
  7. Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim)
  8. Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)
  9. Ryan Lambert (Kuala Lumpur City FC)
  10. Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)

CALON PENYERANG TERBAIK

  1. Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)
  2. Darren Lok (PJ City FC)
  3. Faisal Abdul Halim (Terengganu FC)
  4. J. Partiban (Kuala Lumpur City FC)
  5. Nor Hakim Hassan (Selangor FC)
  6. Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak United FC)
  7. Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC)
  8. S. Kumaahran (PJ City FC)
  9. Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim)
  10. Wan Fazli Wan Ghazali (Terengganu FC II)

CALON JURULATIH TERBAIK

Advertisements
  1. Badrul Afzan Razali (Terengganu FC II)
  2. Bojan Hodak (Kuala Lumpur City FC)
  3. Dato’ Dollah Salleh (Sri Pahang FC)
  4. Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)
  5. Hector Bidoglio (Johor Darul Ta’zim)
  6. K. Devan (Negeri Sembilan FC)
  7. Mariano Echeverria (Johor Darul Ta’zim II)
  8. Nafuzi Zain (Terengganu FC)
  9. P. Maniam (PJ City FC)
  10. Rezal Zambery Yahya (Kelantan FC)

CALON PEMAIN IMPORT TERBAIK

  1. Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim)
  2. Caion (Selangor FC)
  3. Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim)
  4. Gustavo (Negeri Sembilan FC)
  5. Herold Goulon (Negeri Sembilan FC)
  6. Kevin Ray Mendoza (Kuala Lumpur City FC)
  7. Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC)
  8. Park Tae-su (Sabah FC)
  9. Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)
  10. Tchetche Kipre (Terengganu FC)

Bagi pemenang Anugerah Pasukan Terbaik, pemenang akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL dengan Anugerah Fair Play akan ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Sementara Anugerah Fan XI dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 pula ditentukan menerusi undian penyokong melalui platform SurveyMonkey yang bermula pada minggu depan.

Bagi pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pula, pemenang akan dipilih daripada kalangan pemenang empat kategori pemain terbaik.

Advertisements

Empat kategori yang dinyatakan ialah Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik. Pemilihan MVP akan dibuat oleh jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

News Comments Account