Advertising
Miguel Cifuentes Idam Bawa Sabah Ke Final
Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonggak import Sabah FC, Miguel Cifuentes ingin membawa pasukan itu mara ke final Unifi Piala Malaysia 2024/25.

Sang Badak berjaya mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan satu lagi wakil Borneo, Kuching City FC 1-0 secara agregat di peringkat suku akhir.

Ad

Kini, Sri Pahang FC menjadi halangan antara Sabah dan pentas final. Kali terakhir Sang Badak mara ke peringkat berkenaan ialah tahun 2003 ketika pasukan itu dibimbing Peter Butler.

Ad

Meskipun sedar ini bukan tugas mudah buat Sabah, pasukan itu memiliki kelebihan kerana beraksi di Stadium Likas dalam aksi separuh akhir pertama.

Justeru, Cifuentes yang mesra disapa Cifu melihat ini satu kelebihan yang patut dimanfaatkan Sang Badak jika ingin mara ke final.

Ad

“Apa yang saya lihat ialah satu cabaran besar. Kita teruja kerana mendapat satu peluang besar untuk sampai awal ke final.

Ad

“Ia satu cabaran yang besar, kita kena dapatkan keputusan yang bagus di gelanggang sendiri (Stadium Likas) dan saya harap kita cuba sampai ke final,” katanya.

Ad

Sabah dijangka menagih kehadiran penonton yang ramai untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Likas.

Kehadiran teramai penyokong untuk musim 2024/25 ialah 11,569 orang. Angka ini dicatatkan dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Likas pada 13 Julai 2024.