Khabar angin mengatakan pemain Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar miliki darah warisan Malaysia akhirnya terjawab.
Terdahulu, sebuah laporan dari wartawan Thailand, Offeris Wichitcote mendakwa bahawa tonggak tengah Sepanyol Bawah 21 tahun, Mikel Jauregizar memiliki darah Malaysia.
“Separuh akhir UEL ke Harimau Malaya. Mikel Jauregizar adalah warganegara Malaysia,” lapor Offeris Wichitcote dalam satu hantaran di laman Facebook.
Perkara ini menjadi bualan hangat peminat hingga mendapat perhatian media-media besar di Sepanyol dan sekitar Eropah tatkala Mikel Jauregizar turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.
Terkini, menerusi satu temu bual eksklusif oleh Marca, Mikel Jauregizar menjelaskan bahawa laporan itu tidak benar dan direka setelah menonton video yang dihantar oleh sahabat beliau.
”Orang ramai mereka cerita,” kata Mikel Jauregizar kepada laman berita terkenal Sepanyol itu.
”Mustahil (untuk wakili Malaysia). Kawan saya menghantar video wartawan tersebut yang mengatakan saya berdarah Malaysia.”
”Saya tidak akan bermain untuk Malaysia,” ujar Mikel Jauregizar secara ringkas.