Advertisement
Misi Khas Patrick Kluivert Bersama Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
Instagram @patrickkluivert9

Jurulatih baharu skuad kebangsaan Indonesia, Patrick Kluivert mempunyai misi dan cita-cita khas bersama Sang Garuda.

Pengurus kelahiran Belanda itu mendedahkan bahawa beliau mempunyai misi untuk membawa Indonesia ke Piala Dunia 2026 dan Kluivert percaya skuad Indonesia mempunyai kekuatan untuk mencapai misi tersebut.

Kluivert berkata sedemikian ketika ditemuramah wartawan terkenal antarabangsa, Fabrizio Romano yang disiarkan di laman X wartawan berkenaan.

“Perasaan luar biasa (menjadi jurulatih Indonesia) dan benar-benar menginsiprasikan. Semua orang tahu Indonesia mempunyai budaya bola sepak yang ghairah dan mempunyai semangat yang mendalam dalam sukan ini.

“Ya misi kami sudah tentu untuk layak ke Piala Dunia tahun hadapan. Saya rasa kami (Indonesia) mempunyai kemampuan dan kekuatan mengejar misi itu. Kami memerlukan sokongan dari semua rakyat untuk berada di belakang kami,” jelas Kluivert kepada Fabrizion Romano di laman X.

Kehadiran Patrick Kluivert adalah untuk menggantikan jurulatih terdahulu iaitu Shin Tae-yong yang dipecat beberapa hari yang lalu di atas beberapa sebab seperti masalah komunikasi dan budaya bola sepak.