Dunia
Astro Arena
Advertisements

Kapten pasukan Malaysia B-23 yang kini berada di Uzbekistan menghadapi kempen Piala Asia AFC B-23 mengakui kelemahan dirinya sendiri dan pasukan secara keseluruhannya.

Menurutnya, bukan rezeki beliau untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama walaupun terdapat beberapa peluang untuk dirinya dan rakan sepasukan.

afc u 23 asian cup group c matchday 1 Mukhairi Ajmal: Pemain Gagal Ikut Taktikal Jurulatih
Keputusan & kedudukan Kumpulan C selepas hari perlawanan pertama / Via Facebook MakanBola

Beliau juga akan membangkitkan moral para pemain menghadapi perlawanan seterusnya menentang pasukan Thailand dan Vietnam.

Advertisements

“Saya harap saya dan pasukan dapat baiki kelemahan mungkin dari segi taktikal kita kurang ikut apa yang jurulatih berikan.

“..dan itu mungkin kesilapan dari semua pemain dan saya akan bangkitkan moral pemain saya dan insyaAllah saya akan bangkit untuk dua perlawanan seterusnya.”

Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Malaysia tewas kepada Korea Selatan 4-1 menerusi jaringan Lee SangMin 31’, Kim TaeHwan 48’, dan Cho YoungWook, 89, 90+2’ manakala jaringan tunggal Malaysia dijaringkan oleh kapten pasukan, Mukhairi Ajmal pada minit ke-83.

Advertisements

Malaysia dijadualkan bertemu pasukan Thailand pada Ahad, 5 Jun 2022 jam 11 malam dan Malaysia wajib memenangi perlawanan seterusnya untuk kekal bersaing merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan hari pertama, Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Selatan manakala Thailand dan Vietnam seri 2-2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram