Mukhairi Enggan Pandang Remeh Kemampuan Thailand
Dunia
famalaysia
Advertisements

Kapten pasukan Malaysia B-23, Mukhairi Ajmal mahu rakan sepasukan tidak memandang remeh terhadap kekuatan pasukan Thailand meskipun pernah menewaskan pasukan tersebut pada aksi Sukan Sea 2021 sebelum ini.

Pemain berusia 20 tahun ini mengakui ini peluang terbaik untuk mendapatkan tiga mata berharga sekaligus meningkatkan semula moral pasukan untuk kembali bersaing kempen Piala Asia B-23 kali ini. 

Jelas Mukhairi, beliau mahu rakan sepasukan segera melupakan kekalahan tempoh hari dan kembali bangkit bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan bertemu Thailand esok. 

Advertisements

“Jangan ambil mudah menentang Thailand, ini peluang terbaik kita, harap dapat kemenangan untuk naikkan semula moral pasukan,” kata Mukhairi kepada Bernama.

Selepas tewas kepada Korea Selatan tempoh hari, skuad kebanggsaan kini menghuni tangga tercorot dalam kumpulan C.

Mukhairi Ajmal mencatat nama sebagai penjaring tunggal Malaysia ketika ini, dan tidak mustahil beliau mampu lakukannya sekali lagi dengan bantuan rakan sepasukan yang lain. 

Advertisements

Ini adalah misi wajib menang buat skuad negara  untuk kekal bersaing merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram