Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ), memberi pesanan kepada Sumareh dengan nada yang serius.
Dalam satu hantaran video di Instagram JDT, Sumareh menyatakan TMJ adalah idolanya dalam bola sepak.
“Jangan bodek saya kerana saya akan tetap kenakan awak nanti,” katanya dalam satu ruangan komen di Instagram JDT.
Umum mengetahui, TMJ seorang pemilik kelab yang sangat rapat dan juga tegas dengan pemain-pemainya. Beliau tahu bagaimana mahu menjaga pemainnya untuk terus kekal beraksi dalam prestasi terbaik.
Mungkin niat Sumareh hanya untuk bergurau. Namun, ianya tetap kata-kata yang bermakna daripada TMJ kepada pemainnya.
Untuk rekod, bekas pemain kebangsaan ini hanya beraksi sebanyak 12 perlawanan dalam kesemua pertandingan dan mencatatkan dua gol dan dua bantuan gol pada musim lepas.
Skuad Harimau Selatan kini dalam fasa latihan bagi persediaan untuk menghadapi siri perlawanan persahabatan pra-musim menjelang musim baharu ini.