Nafuzi Zain Akui Pemain Selangor Ada Kualiti
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Tewas 3-1 kepada Selangor tidak melunturkan semangat juang Nafuzi Zain dan pasukannya, Terengganu untuk bangkit di Gong Badak kelak.

Walaupun tewas, Nafuzi berpuas hati dengan prestasi para pemainnya dan beliau sedikit terkejut dengan set piece pasukan tuan rumah.

“Dari segi perlawanan, prestasi pemain kita bermain dengan baik walaupun kita beraksi di Selangor cuma kelakaan kami, kami bolos 3 gol menerusi sepakan sudut.

Advertisements

“Kami masih ada 90 minit di Terengganu dan kami akan buat yang terbaik.

“Malam ini kami kalah kerana kami bolos menerusi 3 sepakan sudut kami (juga) menjaringkan gol. Itulah dia, kita kena mengetahui kualiti yang ada pada Selangor, kualiti hantaran, Caion (penyerang import Selangor), pertahanan, Selangor memperoleh kelebihan dari kelemahan Terengganu.

“Apapun, pemain yang melakukan kesilapan dan dari situlah kami bolos. Kami kalah 3-1 namun dari segi prestasi sama sahaja.

Advertisements

“..cumanya kami tidak menjaringkan gol dan kami tewas. Itu sahaja. Bagi saya semua sama sahaja, prestasi pemain, pemain bagi yang terbaik.

“Berapa banyak peluang kita buat? Saya sendiri terkejut dengan set piece (Selangor), sudah banyak perlawanan kita tidak tewas disebabkan set piece, tidak bolos disebabkan set piece, malam ini kita tewas 3-1 disebabkan set piece.

“Mungkin pemain nampak sedikit tertekan apabila Selangor dapat sepakan sudut.

Advertisements

“Dari segi prestasi, saya yakin para pemain mampu ke perlawanan akhir. Macam-macam boleh jadi. Bukan rezeki kita, yang penting perlu yakin dan berusaha.

“Bukan satu tugas yang senang apabila bertemu Selangor. Selangor ada kualiti dengan (barisan) pemain yang ada,” katanya semasa sesi sidang media selepas perlawanan di Stadium Petaling Jaya.

Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Mizan pada Isnin, 21 November ini untuk perlawanan separuh akhir 2 (timbal balik).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram