Nafuzi Zain Ingin Kekal Bersama Terengganu, Tolak Gosip Sertai Kim Pan-Gon
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan jawatan penolong jurulatih Harimau Malaya.

Baru-baru ini telah tular beberapa gosip mengaitkan beberapa individu yang bakal menyertai barisan kejurulatihan Kim Pan Gon. Teka teki siapakah jurulatih tempatan yang akan menjadi pembantu kepada Kim Pan Gon terus menjadi tanda tanya.

Nafuzi Zain menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menghantar apa-apa permohonan untuk menjadi penolong jurulatih skuad Harimau Malaya. Menurut Nafuzi, pihaknya juga tidak menerima sebarang pelawaan daripada pihak FAM.

Advertisements

“Saya tidak pernah hantar atau menerima apa-apa permohonan daripada FAM untuk pikul tugas selaku pembantu Ketua Jurulatih Harimau Malaya.”

Dalam pada itu, pengendali yang berusia 43 tahun ini menegaskan bahawa beliau akan terus kekal di Terengganu FC. Menurut ciapan daripada wartawan Astro Arena, Nafuzi menjelaskan bahawa beliau akan memberi sepenuh komitmen kepada pasukan.

“Komitmen saya ketika ini adalah bersama Terengganu,” ujar Nafuzi Zain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram