Nafuzi Zain Jurulatih Terbaik ABK 2022
Dunia
Facebook TFC
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain dipilih sebagai jurulatih terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 yang dilangsungkan secara maya di Malaysian Football League (MFL).

Beliau menewaskan 9 calon lain dari dalam dan luar negara iaitu; Aidil Sharin Sahak, Akira Higashiyama, Benjamin Mora, Frank Bernhardt, Manzoor Azwira Abd Wahid, Mehmed Durakovic, Michael Feichtenbeiner, Nidzam Adzha Yusoff dan Yusri Che Lah.

Bersama Terengganu sejak 2017 sebagai pembantu jurulatih, beliau dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih bermula tahun 2019 sebelum berhijrah menyertai Kedah Darul Aman penghujung tahun 2022.

Advertisements

Nafuzi Zain turut mencapai beberapa kejayaan bersama Terengganu seperti membawa pasukan berkenaan beraksi di Piala AFC selepas menamatkan kempen Liga Super 2022 di tangga ke-2 disamping membantu Terengganu mara ke perlawanan akhir Piala FA 2022.

Nafuzi turut berjaya mencungkit bakat beberapa pemain muda baharu diserapkan ke skuad senior Terengganu dan terpilih menyertai kem skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram