Nafuzi Zain: Menang Baki Dua Perlawanan, Kita Ke Asia
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mensasarkan kemenangan untuk dua baki perlawanan Liga Super musim ini.

Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara liga, persaingan merebut kedudukan kedua masih terbuka antara Kedah dan Selangor FC.

Ini kerana kedudukan kedua liga menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim hadapan.

Advertisements

Ketika ini, Selangor dan Kedah hanya dipisahkan dua mata dengan masing-masing mengutip 55 dan 53 mata selepas 24 perlawanan.

Ini selepas Sang Kenari meraih kemenangan besar 6-1 ke atas Kelantan FC di Kota Bharu semalam.

Dengan kedua-dua pasukan bakal bertemu pada 2 Disember ini, Nafuzi berharap dapat meraih dua kemenangan untuk membawa Kedah ke saingan peringkat Asia.

Advertisements

“Perebutan tempat kedua untuk slot Piala AFC sekarang ini antara Kedah dan Selangor. Saya rasa Kedah akan bertemu Selangor di tempat sendiri untuk perlawanan seterusnya.

“Saya rasa itulah titik penentu tempat kedua musim (2023). Dan kalau baki, kalau kita menang dengan Selangor, perlawanan terakhir yang akan tentukan sebab belum tentu lagi.

“Dan untuk situasi ini, Selangor ada sedikit kelebihanlah berbanding pasukan kita,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan Kelantan FC-Kedah yang disiarkan di laman media sosial rasmi pasukan itu.

Advertisements

Kedah bakal melayan kunjungan Merah Kuning di Stadium Darul Aman pada 2 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram