Naib Presiden Inter Milan, Javier Zanetti Bakal Hadir Ke Stadium Sultan Ibrahim
Liga Super
Aldo Liverani
Advertisements

Johor Darul Ta’zim akan menerima tetamu istimewa, Javier Zanetti, Naib Presiden gergasi Itali, Inter Milan dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima kunjungan Naib Presiden Inter Milan dan juga bekas pemain antarabangsa Argentina, Javier Zanetti minggu hadapan.

“Turut sama berkunjung adalah Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE, Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa, Setiausaha Agung Judo UAE Naser Al Tamimi dan ejen bolasepak terkenal Morris Pagniello.

Advertisements

“Para tetamu ini akan menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari dan akan mengunjungi Pusat Latihan JDT dalam rangka lawatan mereka ke Johor Bahru.

“Selain dari mengunjungi Harimau Selatan, lawatan ini juga bertindak sebagai peluang untuk melakukan kerjasama antarabangsa dengan rakan-rakan kongsi ternama dari seluruh dunia. Luaskan Kuasamu Johor,” jelas media rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Advertisements

JDT sebelum ini beberapa kali menerima kunjungan figura bola sepak antarabangsa seperti Lukas Podolski dan lain-lain sekaligus menaikkan nama kelab di persada dunia.

Javier Zanetti merupakan lagenda bola sepak Argentina yang yang memiliki 145 kap antarabangsa selain merupakan tonggak utama Inter Milan pada tahun 1995 hingga 2014.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram