Nak Bawa Anak Masuk Stadium? MFL Ada Berita Gembira Buat Anda

stuart Nak Bawa Anak Masuk Stadium? MFL Ada Berita Gembira Buat Anda
Utusan.com

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu mengenai kapasiti kehadiran penyokong ke stadium yang ditetapkan bagi menyaksikan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ianya adalah susulan daripada pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkenaan pembukaan sektor sukan dan rekreasi di bawah fasa peralihan endemik bermula 1 April lalu.

Expand player

Bermula bulan ini, para penyokong dibenarkan makan dan minum di dalam stadium serta tiada had kapasiti kehadiran penyokong ke stadium namun tertakluk kepada penjarakan fizikal yang munasabah (sekurang-kurangnya 1 meter) mengikut ruang tempat duduk dengan memakai pelitup muka.

Selain itu penyokong di bawah umur 12 tahun dibenarkan memasuki stadium dengan syarat ditemani atau dipantau ibu bapa atau penjaga yang telah melengkapkan vaksinasi.

Pengambilan suhu badan di pintu-pintu masuk tidak diwajibkan selain tandas dan surau dibenarkan beroperasi sepanjang perlawanan dengan kawalan. Bagi memudahkan pergerakan penyokong, pintu keluar masuk stadium dibuka sepenuhnya dengan kawalan.

Ternyata berita dari MFL ini pasti menggembirakan ibu dan ayah yang berkeinginan untuk membawa anak-anak merasai pengalaman suasana dan keadaan ketika berada di stadium. Semoga dengan SOP yang terkini ini dapat menyemarakkan lagi industri bola sepak negara.