“Nampak Macam Dah Dirancang Dengan Orang Atasan” – TMJ
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemilik Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kehairanan melihat jadual aksi Liga Super 2023 pasukan Selangor sepanjang bulan Ramadan ini.

Ini kerana sepanjang bulan April, empat daripada lima perlawanan pasukan Selangor dijadualkan berlangsung di laman sendiri iaitu di Stadium MBPJ.

Ad

Dalam hantaran yang dimuat naik portal Semuanya BOLA bertajuk 4 Perlawanan Home Dalam 5? Inilah Kelebihan Selangor, TMJ bersetuju dengan kenyataan tersebut dan beliau meninggalkan responnya dalam ruangan komen di Instagram.

Ad

TMJ memuji fakta yang telah diutarakan dimana Selangor dilihat memiliki banyak kelebihan bermain sebagai tuan rumah. Pemilik JDT itu menjelaskan bahawa jadual tersebut sepertinya sudah dirancang oleh beberapa pihak. 

“Good point berdasarkan fakta. Nampak macam dah dirancang dengan orang atasan. Maklumlah FAM, MFL, ref committe semua orang mana,” soal TMJ.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Semuanya BOLA (@mysemuanyabola)

Ad

“Semua game dari mula pun lawan team baru promoted dan pasukan tercorot liga. Macam ada yang nak membantu untuk dapat mata maximum dan momentum. Bulan puasa tiada traveling semua main home dan di Lembah Klang.”

“Macam dah di rancang dari awal untuk mebantu misi misi tertentu selepas 7 tahun gagal semenjak Izhar Moslim belakang tadbir.”

Ad

Empat perlawanan Selangor sebagai tuan rumah dalam bulan ini ialah aksi Selangor menentang Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan juga Terengganu. Pada 27 April kelak, berulah Selangor akan terbang ke laman lawan iaitu ketika berdepan Sabah di Stadium Likas.