Natxo Insa Bakal Realisasikan Percaturan Sebenar Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Panggilan yang dibuat oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon terhadap jeneral tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) sepertinya bakal menjadi pelengkap kepada percaturan yang telah direncanakan selama ini.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dilihat membuat kejutan besar dalam senarai 27 orang pemain yang bakal dibawa ke Terengganu apabila nama pemain kelahiran Sepanyol ini turut tersenarai.

Kepulangan pemain berusia 37 tahun ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air setelah sekian lama tidak membuat kemunculan bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Peranan yang bakal dimainkan oleh bekas bintang Celta Vigo ini dianggap cukup besar dalam menjelmakan sentuhan sebenar bola sepak yang ingin dimainkan oleh Kim Pan-gon.

Dalam panggilan kali ini, jurulatih berusia 54 tahun itu menyenaraikan trio Syamer Kutty, Endrick Dos Santos dan juga Natxo Insa sambil nama-nama seperti Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin, Nooa Laine, Lee Tuck dan Paulo Josue merupakan antara calon pilihan bagi mengemudi jentera tengah Harimau Malaya.

Impak yang dibawa oleh Natxo diramalkan cukup besar terutamanya bagi melaksanakan peranan pada posisi nombor 6 yang masih tidak memiliki pemain yang layak menggalas tugas tersebut.

Advertisements

Perkara ini jelas sudah dibuktikan olehnya ketika menjadi nadi utama buat JDT dalam kempen di Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lalu.

Beliau mengemudi jentera tengah pasukan dengan cukup ampuh sehingga mampu melayakkan diri ke peringkat kalah mati kejohanan berprestij Asia tersebut.

Malaysia juga dilihat amat memerlukan pemain yang memiliki versataliti dan ketenangan seperti Natxo amat diperlukan untuk mengawal tempo permainan pasukan sepanjang 90 minit permainan.

Advertisements

Beliau bagaimanapun baru sahaja pulih daripada kecederaan dan beraksi dalam beberapa aksi pada musim ini dengan peranannya lebih banyak digalas oleh pemain muda JDT, Hong Wan.

Pengalaman dan kematangannya sudah tentu ditagih oleh Pan-gon bagi memberi nilai tambah untuk membawa cabaran Malaysia terutamanya di pentas Piala Asia di Qatar tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram