Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa menerima kad merah ketika aksi Liga Super bertemu Kuching City selepas menanduk kepala Scott Woods.
Insiden tersebut berlaku pada minit ke-56 ketika mana JDT berada dalam fasa menyerang bagi mencari gol penyamaan selepas ketinggalan 0-1 kepada Kuching City sejak separuh masa pertama.
Lensa kamera mendapati Natxo Insa berjalan bersebelahan Scott Wood sebelum tonggak tengah berusia 38 tahun itu dikesan menanduk kepala bek kelahiran Filipina tersebut.
Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali segera memeriksa ulangan insiden berkenaan sambil dibantu VAR sebelum mengambil keputusan melayangkan kad merah buat Natxo Insa.
Keputusan semasa, JDT kembali mendahului perlawanan selepas Nacho Mendez dan Bergson Da Silva cemerlang merobek gawang Kuching City tidak lama kemudian.