Nazmi Faiz Semakin ‘Dewasa’

Nazmi Faiz 3 Nazmi Faiz Semakin 'Dewasa'
Johor Southern Tigers
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Nazmi Faiz Mansor berjaya memperagakan aksi yang cemerlang dalam perlawanan pertama saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Pertembungan dalam saingan kumpulan l di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Guangzhou FC berkesudahan dengan kemenangan milik JDT dengan keputusan 5-0. Nazmi Faiz menjadi individu penting dalam keberhasilan jaringan kelima buat pasukan Harimau Selatan.

Nazmi Faiz Mansor telah dimasukkan bersama Ramadhan Saifullah pada minit ke-74 permainan bagi menggantikan Natxo Insa dan Arif Aiman. Ternyata percaturan pengendali JDT, Benjamin Mora membuahkan hasil apabila gandingan ini beraksi dengan cukup baik.

Peranan Nazmi ketika mengemudi jentera tengah JDT cukup-cukup baik. Ketenangan serta keistimewaannya ketika mengawal bola di kaki dengan baik terserlah apabila beberapa kali berjaya melepasi halangan daripada para pemain Guangzhou FC.

Lorongan serta hantaran tepat yang dilakukan Nazmi juga menakjubkan. Pada minit ke-81 permainan, hantaran cantik Nazmi menjadi kunci kepada ledakan Ramadhan Saifullah. Through ball sempurna daripada Nazmi sampai tepat kepada Ramadhan sekaligus menghadiahkan gol kelima buat JDT.

Mencecah usia 27 tahun, Nazmi dianggap sudah mencapai puncak prestasi dalam pentas bola sepak. Beliau sudah matang dan ‘dewasa’ dengan bermacam-macam taktikal termasuk corak permainan yang memerlukan intensiti yang tinggi.

Pengalaman yang ada pada wonderkid yang pernah berpangkalan di Portugal suatu masa ketika dahulu ini semestinya digunakan sebaik mungkin oleh Benjamin Mora. Otaknya amat geliga dan beliau memiliki visi yang baik dalam membuat keputusan di atas padang.

Jika Nazmi terpilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya, beliau adalah individu yang berpotensi besar untuk menjadi pemacu kepada kemenjadian skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.