Negeri Sembilan Kekalkan Zaquan Adha Sebagai Kapten
Dunia
nsfc1923
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha menyatakan bahawa bukan satu bebanan baginya untuk terus kekal memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan.

Penyerang berusia 34 tahun itu sebaliknya menganggap ianya tugas bersama rakan sepasukan untuk memastikan kejayaan Negeri Sembilan di masa hadapan.

“Saya tidak merasa tertekan dengan tanggungjawab itu kerana sebenarnya ia tanggungjawab bersama dengan rakan lain dalam pasukan.

Advertisements

“Walaupun sebagai kapten pasukan, tapi bukan semua orang perlu dengar cakap saya kerana yang penting adalah sama-sama memberikan sumbangan terbaik demi kejayaan pasukan.

Zaquan dalam pada itu berpendapat setiap pemain di Negeri Sembilan memiliki pengalaman tersendiri dimana pengalaman tersebut amat ditagih untuk mengharungi saingan Liga Super musim ini.

“Antaranya kami perlu berkongsi idea yang baik kerana masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri dalam mengharungi saingan liga dan perlu sama-sama menghadapi perjuangan ini untuk kejayaan pasukan,” kata Zaquan kepada Berita Harian.

Advertisements

Tambah Zaquan, beliau yakin dengan sasaran yang ingin dicapai oleh pihak pengurusan. Beliau juga mahu Negeri Sembilan terus kekal di Liga Utama Malaysia kerana ketika ini pasukannya sedang berada di prestasi terbaik.

“Saya optimis dengan sasaran pihak pengurusan, pasukan perlu ada saingan yang lebih kompetitif supaya kami dapat menambah baik prestasi pasukan.

“Saya mahukan nama Negeri Sembilan terus kekal dalam kelompok liga utama negara ini kerana pasukan ini pernah berada di kemuncak kejayaan dan seharusnya kedudukan itu dikekalkan.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram