Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC berjaya melahirkan seorang lagi penjaga gol berbakat besar seperti Syihan Hazmi.
Pada musim ini, K. Devan mempertaruhkan khidmat penjaga gol muda negara, Sikh Izhan Nazrel untuk mengawal gawang gol negara.
Beliau beraksi dengan cukup cemerlang untuk membantu skuad Jang mengharungi saingan Liga Super 2023.
Penjaga gol yang dipinjam dari Selangor FC ini telah menjadi penjaga gawang paling banyak melakukan penyelamatan bola iaitu sebanyak 65 kali musim ini.
Ketika berdepan JDT dalam aksi timbal balik Piala Malaysia 2023, Negeri Sembilan mempertaruhkan khidmat seorang lagi penjaga gol muda, Firdaus Irman.
Beliau beraksi dengan begitu cemerlang untuk tidak membolehkan JDT menjaringkan lebih banyak gol semalam.
Antara detik penting yang dilakukan oleh pemain ini termasuklah menyelamatkan sepakan percuma Juan Muniz sungguhpun satu sepakan berjaya menemui jaringan.
Firdaus juga berjaya menghalang percubaan cantik Bergson dengan menolak keluar bola selain memintas hantaran cantik Akhyar Rashid kepada Diogo di hadapan gawang gol Negeri Sembilan.
Aksi beliau bagaimanapun tidak berterusan apabila Devan memutuskan untuk membawa masuk Sikh Izhan pada pertengahan babak kedua.
JDT mara ke separuh akhir dengan agregat 7-1 selepas membawa bekalan selesa 3-0 dari tempat lawan.