Dunia
Advertisements

Negeri Sembilan pernah menjadi satu nama besar dalam kancah bola sepak negara tidak lama dahulu. Pasukan itu pernah menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA sekitar tahun 2005 hingga 2011. Selepas itu prestasi Skuad Jang ibarat ‘yo-yo’ apabila turun naik saingan Liga Super dan Liga Perdana.

Musim lalu, Negeri Sembilan menamatkan kempen Liga Premier di tangga ke 6 daripada 11 pasukan. Namun, kali ini Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah menyasarkan kedudukan dua pasukan terbaik dalam saingan Liga Premier pada musim ini untuk kembali bersaing di saingan Liga Super pada musim 2021.

Setiausaha PBNS, Satwant Singh memaklumkan, pihak pengurusan memberikan sepenuh kepercayaan kepada barisan kejurulatihan dan pemain pasukan itu untuk merealisasikan sasaran tersebut selepas berlaku perubahan besar dalam skuad utama Skuad Rusa pada musim ini.

Advertisements

“Saya percaya dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020, ditambah dengan segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus cemerlang.

“Ini kerana sudah lama kami tinggalkan Liga Super dan sudah tiba masa untuk kita lebih serius memburu slot tersebut pada musim 2021 nanti,” jelas Satwant.

import Negeri Sembilan Serius Mahu Ke Liga Super 2021, Kekalkan 4 Pemain Import
Negeri Sembilan masih mengekalkan 4 pemain import

Sementara itu, PBNS juga mengekalkan khidmat empat pemain import bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Advertisements

Tiga pemain import berkenaan berasal dari Brazil, iaitu Matheus Fernandes Vila Real yang bermain di posisi pertahanan, Jose Almir Barros Neto dan Igor Carneiro Luiz yang beraksi selaku penyerang, selain pemain tengah, Shunsuke Nakatake dari Jepun.

Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, mereka dikekalkan berdasarkan sumbangan positif yang diberikan bersama Skuad Rusa dalam kempen Liga-M pada musim lalu.

Terbaharu, skuad Jang sekadar mencatat keputusan seri 0-0 ketika menentang UiTM FC dalam perlawanan persahabatan sebagai pra-musim sebelum Liga Premier 2020 bermula.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram