“Negeri Tetap Negeri, Kelab No.1” – Faisal Halim
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh pasukannya susulan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Penang FC.

Bintang berusia 25 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau berjaya melakukan satu bantuan gol di Stadium Bandaraya apabila hantaran lintangnya singgah tepat di kaki Ayron Del Valle yang mudah menolak masuk untuk gol pembukaan pasukan.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau akui bersemangat bertemu negeri kelahirannya di tempat lawan.

“Ya saya gembira kembali ke negeri kelahiran saya tetapi inilah bola sepak. Walau di mana kita berada, kita berjuang dengan ikhlas, demi lencana di dada.”

Advertisements

“Saya ikhlas dengan perjuangan saya, saya dibayar gaji oleh selangor. Negeri tetap negeri tetapi pasukan nombor satu.”

Faisal bagaimanapun mengakui perlu meningkatkan fokus dalam misi mencetak gol pertama bersama pasukan barunya.

Advertisements

“Saya ada peluang tetapi masih belum ada menjaringkan gol bersama Selangor. Empat perlawanan empat bantuan gol, saya perlu bekerja keras,” jelasnya kepada Astro Arena.

Bekas bintang Terengganu ini berjaya membawa pasukan untuk meraih 3 mata dan membawa moral terbaik berdepan JDT di laman sendiri minggu hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram