Netizen Persoal Tindakan Kim Pan-gon
Dunia
Linkedin Kim Pan-gon
Advertisements

Senarai nama 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya telah pun diumumkan sebentar tadi namun terdapat pelbagai reaksi yang diutarakan oleh netizen mengenai pemain yang dibawa oleh Kim Pan-gon.

Respon ini dilihat bertitik tolak daripada senarai pemain tersebut yang dirasakan segelintirnya sudah tidak lagi relevan untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dilihat menyenaraikan semula 15 pemain daripada 24 pemain yang dibawa ke Piala Suzuki AFF 2020 selain meletakkan 10 pemain dalam senarai bersedia untuk dipanggil jika terdapat sebarang kecederaan.

Advertisements

Usaha ini dilihat mengambil kira faktor seperti persiapan dalam tempoh yang singkat dilihat memaksa Pan-gon untuk menyenaraikan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa.

Sungguhpun begitu, antara keputusan terbesar yang dilakukan oleh pengendali berusia 52 tahun itu adalah dengan tidak menyenaraikan penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula.

Tindakan ’berani’ Pan-gon ini wajar mendapat pujian memandangkan kehadiran penyerang kelahiran Brazil itu nyata mengganggu corak dan identiti permainan Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe sebelum ini.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau juga mengambil keputusan untuk memanggil semula bekas kapten pasukan negara, Safiq Rahim untuk menjadi jeneral tengah buat Malaysia yang rata-ratanya disambut baik oleh netizen.

Namun begitu, terdapat juga suara netizen yang mahu untuk melihat beberapa kelibat pemain yang sedang menikmati musim yang terbaik bersama pasukan dalam kancah Liga Super untuk dibawa ke kem pusat negara.

’Masih tiada tempat untuk Natxo (Insa) tetapi Copot (Safiq Rahim) dan Liridon sudah kembali.’

Advertisements

’Ramadhan, Afro dan Khair Jones juga turut tersenarai,’ – Jelas pemilik Twitter bernama Piang Shankly.

Bukan itu sahaja, beliau menzahirkan rasa kurang senang terhadap pemilihan beberapa pemain seperti Farizal Marlias, Aidil Zafuan dan juga Hakimi Abdullah oleh barisan kejurulatihan baharu.

Sungguhpun Farizal mempunyai pengalaman yang luas di pentas antarabangsa, namun faktor usia memungkinkan peluang diberikan kepada penjaga gol yang lebih muda untuk mendapat tempat bagi pemilihan kali ini.

Advertisements

Aidil dan juga Hakimi pula masih tidak mendapat tempat dalam pasukan memandangkan di JDT, persaingan sengit untuk mendapat tempat di barisan pertahanan pasukan menyukarkan peluangnya sementara Terengganu masih tidak beraksi sebarang perlawanan musim ini.

Walaupun pemilihan kali ini mendapat reaksi yang pelbagai, namun faktor masa yang singkat untuk membuat penilaian mendorong Pan-gon untuk mengekalkan muka lama dan digabungkan dengan nama-nama baharu bagi membentuk pasukan yang kompetitif.

Memandangkan tiada lagi sebarang perlawanan untuk menilai kemampuan sebenar pasukan kendalian pan-gon, maka peluang harus diberikan kepada beliau untuk membentuk pasukan menurut acuannya sendiri.

Pan-gon bakal membawa pasukan ini untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Singapura dan Filipina hujung bulan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram