Advertisement
Neymar Terfikir Ke Liga MLS, Dapat Cuti Tiga Bulan
Dunia
MakanBola
psg

Penyerang sensasi Brazil, Neymar da Silva Santos Júnior meluahkan minatnya untuk beraksi di liga Amerika Syarikat (MLS) sekurang-kurangnya satu musim.

Menurut di laman sosial Twitch, bekas pemain Barcelona itu menjelaskan sebabnya mahu ke Liga Amerika adalah kerana Liga tersebut mempunyai tiga bulan cuti.

Pemain berusia 30 tahun itu berpendapat Liga tersebut mempunyai jadual bagi satu musim itu masanya singkat. Ia memberi peluang buatnya untuk beraksi lagi beberapa tahun sebelum umurnya meningkat tua.

Neymar akan menamatkan kontraknya bersama Paris Saint German (PSG) pada tahun 2025. Beliau mahu cipta sejarah bersama PSG dengan menjulang trofi Liga Juara-juara Eropah.

Pemain kelahiran Brazil kini sudah menjaringkan 60 gol dalam 81 perlawanan sepanjang kariernya di PSG sejak 2017. Beliau kini sudah memberi hala tuju ke mana destinasi bagi pasukan seterusnya.