Nguyen Van Toan Sertai Kelab Seoul E-Land
Dunia
Wika Sport
Advertisements

Penyerang pasukan Vietnam, Nguyen Van Toan bakal berkelana ke luar negara. Ini selepas penyerang Hoang Anh Gia Lai (HAGL) itu bersetuju menyertai kelab Liga Korea 2 (K-League 2), Seoul E-Land selepas kontraknya bersama HAGL tamat.

Tidak seperti sesetengah pemain yang mahu beraksi di liga-liga utama Asia seperti Chanathip Songkrasin (Kawasaki Frontale) dan Sasalak Haiprakhon (Jeonbuk Hyundai Motors), Van Toan mempunyai sebab tersendiri menerima tawaran kelab K-League 2 itu. Ini kerana di sini, dia boleh beraksi dengan cemerlang di liga berkenaan daripada bergelut dalam saingan Liga Korea 1 (K-League 1).

Bukan satu rahsia pemain Vietnam bergelut bila beraksi di K-League 1. Sebelum ini, terdapat dua pemain yang beraksi di liga berkenaan iaitu Luong Xuan Truong (Incheon United, 2016) dan Nguyen Cong Phuong (Incheon United, 2019). Bagaimanapun, kombinasi faktor peribadi dan profesional mengakibatkan kedua-duanya hanya beraksi selama semusim di K-League 1.

Advertisements

Mengambil pengajaran daripada kisah dua rakannya itu dalam pasukan kebangsaan, Van Toan telah mula mengambil kelas Bahasa Korea. Selain itu, dengan menyertai kelab tersebut, dia juga berpeluang diturunkan dengan lebih kerap dalam kesebelasan utama.

Satu lagi faktor yang mendorong Van Toan bersetuju menyertai Seoul E-Land ialah jurulatih kelab berkenaan, Park Choong-kyun. Choong-kyun bukan saja pernah menjadi jurulatih Hanoi FC dari 2021 hingga 2022. Malah, beliau juga merupakan bekas pembantu jurulatih Park Hang-seo dalam pasukan kebangsaan Vietnam sebelum menerima tawaran Seoul E-Land pada November lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram