Ads
Nilai Bintang Baharu JDT, Chico Geraldes Jatuh Mendadak
Liga Super
Johor Southern Tigers

Nilai bintang baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes mengalami penurunan yang begitu mendadak.

Advertisements

Bekas pemain Portugal B-20 itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2023/24 dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Leandro Velazquez.

Advertisements

Beliau berpindah ke JDT daripada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Baniyas FC dan beraksi dalam perlawanan ketiga Liga Super menentang KL City.

Advertisements
Advertisements

Chico beroperasi sebagai pemain sayap kiri dan membentuk gandingan mantap bersama Juan Muniz, Oscar Arribas dan Hong Wan.

Bekas pemain Sporting CP ini menjadi antara pemain paling menyerlah dalam aksi di Stadium Cheras itu.

Advertisements

Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai pasaran pemain berusia 29 tahun turun dengan begitu mendadak kurang beberapa bulan selepas menyertai JDT.

Beliau dinilai pada tanda harga 2.5 Juta Euro (RM12.71 Juta) telah pun turun kepada 2 Juta Euro (RM10.217 Juta) berdasarkan kemas kini semasa.

Nilai itu turun 500,000 Euro (RM2.5 Juta) namun kekal menjadi pemain kedua termahal dalam Liga Malaysia di belakang rakan sepasukan, Jalil Elias.

Advertisements

Persaingan sengit berlaku dalam skuad JDT terutamanya bagi jentera tengah dengan kualiti maksimum pemain tempatan dan import memberi pilihan kepada ketua jurulatih, Hector Bidoglio.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram