Advertisements
Nilai JDT Hampir Cecah RM1 Bilion
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan nilai kelab bola sepak JDT kini semakin hampir mencecah nilai RM1 Bilion.

Tunku Ismail menyatakan bahawa JDT masih optimis dengan misi yang sama untuk mencapai impian tersebut. Menurut TMJ, nilai tersebut merangkumi segenap aspek termasuklah aset kelab dan jenama JDT itu sendiri.

“Setakat ini kami telah cecah 80 peratus, jadi kami ada lagi 20 peratus untuk mencapai target kami untuk jadi kelab bernilai RM1 Bilion.”

“Ia termasuk dari segi kewangan, komersial, kekuatan kami dan juga aset,” ujar TMJ.

Pada 2019, TMJ pernah menyatakan bahawa empat syarikat audit terbesar dunia bakal membuat penilaian terhadap nilai kelab. \

Semua aset termasuk stadium dan fasiliti yang dimiliki JDT kini menjadi sebuah kebanggaan pasukan. JDT bakal berdepan KL City pada Sabtu, 22 Julai di Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi final Piala FA 2023.