Nistelrooy Dilantik Sebagai Pengurus PSV
Dunia
PSV
Advertisements

Penyerang lagenda Manchester United, PSV dan real Madrid, Ruud van Nistelrooy diumumkan secara rasmi sebagai Pengurus PSV Eindhoven.

Kelab gergasi Belanda, PSV Eindhoven menjuarai Liga Eredivisie kali terakhir pada musim 2017/18 sebelum bergelut besaing dengan Ajax, Feyenoord dan AZ Alkmaar.

Bersama Manchester United, Nistelrooy beraksi sebanyak 150 kali dan menjaringkan 95 gol selain turut bersama Real Madrid dan Malaga sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2012.

Advertisements

Bakat Nistelrooy sebagai penyerang berbisa mula dikesan ketika beliau beraksi bersama Heerenveen sebelum disambar PSV yang akhirnya menjual Nistelrooy ke Manchester United yang ketika itu diuruskan oleh Alex Ferguson.

“PSV bersedia untuk memulakan perjalanan baru pada musim panas ini dan saya bersedia untuk memainkan peranan saya. Perbincangan dengan lembaga pengarah telah mengukuhkan idea bahawa kami bercita-cita tinggi dan ingin mencipta sesuatu yang istimewa dalam jangka masa panjang. Saya teruja dengan tugas di tangan di PSV,” jelas Nistelrooy dalam sesi media perkenalan pengurus baru PSV.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram