Norshahrul Idlan Talaha Cipta Sejarah Baru Di Malaysia
Liga M3
Harini FT
Advertisements

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha mencipta sejarah tersendiri hari ini.

Beliau menjadi pemain bola sepak profesional pertama di Malaysia yang beraksi dalam kejohanan e-sukan ePiala Malaysia 2023.

Perkara ini diumumkan oleh eMalaysian Football League (eMFL) dan kelabnya, Harini FT menerusi satu hantaran di Instagram.

Advertisements

Norshahrul yang mesra disapa Matyo bakal bergandingan dengan tiga lagi pemain e-sukan yang mewakili pasukan itu iaitu ImranDeen, Ayen, dan Alif Dani.

Beliau mengikut jejak langkah penyerang Portugal dan Liverpool, Diogo Jota yang berkecimpung dalam dunia e-sukan.

Jota bukan saja menjadi pemain e-sukan. Malah, beliau juga mengikut jejak langkah beberapa atlet profesional sebagai pemegang saham pasukan Luna Galaxy.

Advertisements

Ramai mengharapkan pasukan e-sukan Harini mampu memberi cabaran dalam saingan ePiala Malaysia. Ketika ini, gelaran juara kejohanan dipegang oleh pasukan e-sukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram