Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terlepas tiket ke suku akhir acara pecut Olimpik Paris setelah tewas di pusingan Repechage 1/8.
Setelah mempamerkan kayuhan penuh bertenaga di pusingan 1/16 berdepan Hamish Turnbull, Azizulhasni dijadualkan menentang Jeffrey Hoogland dalam aksi 1/8.
Walau bagaimanapun, kayuhan bertenaga dari wakil Belanda itu memaksa Azizulhasni untuk akur tewas dan melalui pusingan Repechage bersama dua lagi pelumba lain.
Perlumbaan Repechage bermula baik buat The Pocket Rocket Man untuk mengejar dua lawannya, Mateusz dan Yakovlev sehingga loceng dibunyikan di pertengahan babak.
Mareusz mula meningkatkan tempo perlumbaan dan mula memberi tekanan buat Azizulhasni Awang dan mendapat mengekalkan penguasaan di bagi memimpin perlumbaan.
Ketika menuju penghujung perlumbaan, Mateusz terus jauh meninggalkan Azizulhasni dan Yakovlev dan muncul pemenang dan mara ke suku akhir.
Manakala, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 dengan catatan masa 10.156 saat, menyaksikan beliau tersingkir di pusingan yang sama seperti edisi lalu.
Pada Sukan Olimpik Tokyo yang lalu, Azizulhasni tewas di pusingan Repechage 1/8 ini di tangan pelumba Jason Kenny sekaligus menguburkan impian suku akhir anak jati dungun ini.
Selepas ini, Azizulhasni dan Shah Firdaus bakal memberi tumpuan untuk acara keirin yang dijadualkan bermula pada Sabtu, 10 Ogos ini.