Ads
Olimpik Paris: Dhabitah Sabri Layak Ke Final
UltraSukan
Majlis Sukan Negara Malaysia

Ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri meneruskan aksi cemerlang di pentas Olimpik Paris setelah mengesahkan tempat di final acara 3 meter papan anjal.

Advertisements

Setelah pamer terjunan memukau di pusingan kelayakan pada Rabu, Dhabitah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir apabila berada di kedudukan ke-12 secara keseluruhan.

Advertisements

Di peringkat separuh akhir, penerjun wanita negara ini bermula cukup baik untuk berada di tangga ke-2 daripada 18 peserta setelah mengutip 67.50 mata.

Advertisements
Advertisements

Pada terjunan kedua, kutipan mata Dhabitah sedikit merosot apabila memungut 55.50 mata sekaligus menjejaskan kedudukannya yang jatuh ke tempat keenam.

Dhabitah berusaha bangkit di terjunan ketiga namun entry yang kurang kemas dan percikan air yang agak besar menyebabkan wakil berusia 25 tahun itu hanya mengutip 46.50 mata.

Advertisements

Di terjunan keempat, Dhabitah berjaya bangkit dengan aksi lebih baik dan meraih 57.00 mata untuk berada di tempat ke-10 daripada 18 peserta dengan pungutan 226.50 mata.

Terjunan terakhir yang cukup memukau dari Dhabitah memastikan tempat di kelompok 12 terbaik setelah mengutip 60.45 mata sekaligus mengumpul 286.95 mata.

Dhabitah mara ke pusingan akhir buat kali kedua berturut-turut setelah meraih tempat keempat dalam acara 3 meter papan anjal di Olimpik Tokyo lalu.

Advertisements

Pusingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita akan berlangsung pada Jumaat, 9 Ogos pada jam sembilan malam waktu tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram