Oliver Buff Wira, ‘Kunci’ Di Sebalik Kecemerlangan Ifedayo Olusegun
Blog
Instagram: @selangorfc
Advertisements

Pemain kelahiran Switzerland, Oliver Buff merupakan perancang utama Selangor FC yang beraksi cemerlang sepanjang kempen Liga Super Malaysia 2021. Buff yang diberikan kepercayaan oleh Karsten Neitzel untuk mengemudi barisan tengah Selangor FC . Ia jelas memberi impak positif kepada pasukan apabila Selangor FC melakar kemenangan keatas Perak FC 3-0 semalam.

Pemain yang berusia 28 tahun ini menjadi perancang utama buat Ifedayo Olesugon dengan memainkan peranannya sebagai pemain tengah pasukan. Visi dan ketenangan dalam mengawal bola di kaki jelas membantu penjaring terbanyak Selangor FC itu dalam meledak setiap jaringan.

Dalam perlawanan semalam, Buff terlibat secara langsung dalam ketiga-tiga gol yang dijaringkan oleh pasukan Merah Kuning. Pada minit ke-42, rembatan deras Oliver Buff berjaya menewaskan Azri Ghani apabila keadaan kucar-kacir di bahagian pertahanan Perak FC dimanfaatkan sebaik mungkin olehnya. Jaringan tersebut sekaligus menjadi gol pembukaan dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Sebelum tamat aksi separuh masa pertama, Buff sekali lagi menjadi watak penting dalam menerajui permainan apabila sepakan percuma cantik pada minit ke-45 ditanduk masuk oleh Ifedayo sekaligus menjadikan Selangor FC mendahului Perak FC 2-0.

Selang babak kedua pernainan, gerakan lincah Oliver Buff dalam kotak penalti terpaksa dibentes pertahanan Perak FC, Danish Haziq mengakibatkan pengadil memberi sepakan penalti kepada Selangor. Penalti itu mudah disempurnakan Ifedayo sekaligus menjadikan Ifedayo sebagai penjaring terbanyak dalam saingan liga setakat ini.

Senjata ketenangan dan penguasaan bola yang baik dimiliki Buff sentiasa digunakan sebaik mungkin dalam membantu barisan serangan Selangor FC menyumbat gol. Beliau juga turut bersama rakan lain mengukuhkan benteng mereka daripada dibolosi. Sikap dan disiplin pemain sebegini wajar dicontohi dan diterapkan dalam corak permainan sebagai satu pasukan.

Advertisements

Berbaki lagi tiga perlawanan dalam saingan liga, khidmat Buff pasti ditagih oleh pasukan merah kuning terutamanya dalam membantu Ifedayo Olesugon mencetak jaringan. Pemain berusia 29 tahun itu setakat ini berjaya meledak sebanyak enam gol dan mencatat 7 bantuan gol bersama Selangor. Semoga Oliver Buff terus cemerlang dan kekal pada prestasi terbaik bagi membantu pasukan menghabiskan saingan di tempat terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram