Ong Kim Swee Bijak Gilap Bakat Saddil Ramdani
Liga Super
The Rhinos Troops
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah, Ong Kim Swee bijak memanfaatkan kelebihan tonggak muda Indonesia, Saddil Ramdani.

Mengharungi musim ketiga bersama skuad The Rhinos, Saddil Ramdani dilihat sudah masak dengan intensiti permainan pentas Liga Malaysia. Beliau menunjukkan kematangan dalam menggalas peranan yang diberikan pada setiap perlawanan.

Taktikal yang diterapkan OKS benar-benar menjadi apabila meletakkan Saddil di bahagian sayap kanan. Gandingan tiga serangkai, Park Tae-Su, Saddil dan Darren Lok cukup sempurna untuk menggerakkan jentera serangan Sabah.

Advertisements

Dalam aksi pertama Liga Super 2023 pada semalam, Saddil berjaya meledak dua gol dan satu bantuan gol ketika Sabah menewaskan PDRM di Stadium Likas.

Jaringan pembukaan perlawanan hadir menerusi Saddil apabila gelecekannya gagal disekat pertahanan lawan. Saddil melepaskan satu percubaan sekaligus menewaskan penjaga gol PDRM, Ramdhan Abdul Hamid.

Advertisements

Pada minit ke-37 permainan, Saddil Ramdani telah melepaskan satu hantaran lintang. Hantaran tersebut dimanfaatkan Park Tae-Su dengan satu tandukan menerjah jaring The Cops.

Tak terhenti setakat itu, Saddil sekali lagi menjadi watak penting pasukan apabila menghadiahkan jaringan ketiga buat Sabah sebelum Stuart Wilkin melengkapkan malam gemilang The Rhinos dengan jaringan keempat.

Advertisements

Kemenangan 4-0 mengatasi PDRM dilihat menjadi batu loncatan terbaik buat skuad kendalian Ong Kim Swee dalam memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan.

Pengendali berusia 52 tahun itu menuntut anak buahnya untuk terus konsisten memberikan yang terbaik dalam perlawanan mendatang. Beliau yakin dengan kebolehan dan kelebihan yang ada pada pemain-pemain Sabah.

Advertisements

“Kita harus kekal fokus untuk perlawanan akan datang. Dalam pasukan Sabah FC tiada istilah kesebelasan utama. Bagi saya kesemua pemain yang didaftarkan merupakan kesebelasan terbaik kita.”

“Saya harap setiap pemain yang diturunkan pada perlawanan mendatang mampu menunjukkan prestasi yang sama seperti mana yang pemain-pemain lakukan,” ujar Ong Kim Swee pasca perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram