Dunia
Advertisements

Bekas Ketua Jurulatih skuad Bawah-22 (B-22), Datuk Ong Kim Swee mengakui menerima beberapa tawaran untuk bergelar pelatih pasukan di Liga Malaysia namun menolaknya kerana beliau berpendapat masih belum boleh berbuat demikian buat masa ini.

Kontrak Kim Swee bersama skuad B-22 negara tamat pada Disember lalu. Kontrak beliau bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemudiannya tidak disambung selepas pasukan B-22 negara gagal mara ke separuh akhir acara bola sepak di Sukan SEA Filipina yang lalu.

Namun demikian, ini tidak bermakna jurulatih yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun ini sudah tidak boleh menyumbang kepada pembangunan bola sepak tanah air.

Advertisements

Antaranya ialah sebagai Ketua Unit Pembangunan Bakat di FAM. Malah Kim Swee dilaporkan telah berbincang dengan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengenai peranan barunya itu.

“Saya menerima beberapa tawaran melatih (pasukan Liga Malaysia), namun banyak faktor lain harus diambil kira.

harimau muda A Ong Kim Swee Tak Mahu Kendali Pasukan Liga M
Harimau Muda A menjuarai Liga Premier 2009

“Peranan bersama FAM adalah perkara yang saya telah lakukan bersama FAM sejak dua atau tiga tahun yang lalu dan ia bukan perkara baharu.

Advertisements

“Saya akan bekerja di bahagian pembangunan akar umbi untuk jangka masa panjang.”

Peranan baharu Kim Swee ini juga bermakna beliau akan menjadi sebahagian daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan akan melakukan lawatan ke setiap negeri untuk memantau perkembangan pembangunan bola sepak.

Kim Swee mengakui beliau akan merindui melakukan latihan bersama pasukan menjelang kejohanan dan tidak menolak kemungkinan untuk kembali secara kompetitif.

Advertisements

Datuk Ong Kim Swee pernah terlibat mengendalikan pasukan dalam Liga Malaysia iaitu Harimau Muda yang turut bergelar juara Liga Premier pada tahun 2009.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram