OPPO & Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA: Memacu Inovasi Bola Sepak Di Dalam dan Di Luar Padang
MakanBola
Oppo

Musim Liga Juara-Juara UEFA 2024/25 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Munich Football Arena. Sebagai Rakan Produk Telefon Pintar Rasmi bagi kejohanan berprestij ini untuk tahun ketiga berturut-turut, OPPO meraikan acara ini dengan pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkaitan bola sepak dan aktiviti kebudayaan sempena perlawanan akhir tersebut. OPPO turut mengukuhkan komitmennya dalam menyokong dunia bola sepak melalui inovasi teknologi dan inisiatif sosial.

Dengan menggabungkan teknologi canggih dalam sukan bola sepak serta mengeratkan hubungan antara peminat dan permainan ini di seluruh dunia, OPPO terus memberi kuasa kepada pemain dan penyokong untuk benar-benar “Cipta Detik Anda”, sambil mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan di dalam dan di luar padang.

Saksikan Perlawanan Dengan Cara Baharu Bersama Teknologi OPPO.

Di dalam Champions Village di Munich Football Arena, OPPO menghimpunkan budaya bola sepak, sorotan sejarah Liga Juara-Juara UEFA, serta semangat sukan Munich bersama teknologi AI terkini dan inovasi kamera daripada syarikat itu. Peminat bola sepak dari seluruh dunia berpeluang mengambil swafoto berteknologi AI bersama avatar maya bintang muda bola sepak Sepanyol dan Duta Jenama Global OPPO, Lamine Yamal, di booth interaktif — mencipta detik wira mereka sendiri dengan kuasa AI OPPO.

Lagenda Inter Milan, Marco Materazzi, turut membuat kemunculan mengejut di OPPO Hospitality Lounge, di mana beliau bertemu dengan peminat dan mempersembahkan teknologi terkini daripada OPPO.

oppo fans jamal ai OPPO & Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA: Memacu Inovasi Bola Sepak Di Dalam dan Di Luar Padang

Selain sorotan kerjasama OPPO dan Liga Juara-Juara UEFA yang dipamerkan di Champions Village, acara ini turut menampilkan demonstrasi teknologi AI dan fotografi terkini daripada OPPO. Dengan mendahului batasan fotografi telefon pintar, teknologi zum kamera baharu OPPO menghapuskan cabaran biasa pengguna ketika merakam foto dan video dari jarak jauh, membolehkan penonton di tempat duduk paling tinggi sekalipun menangkap gambar dekat yang menakjubkan seolah-olah berada di tepi padang.

Diperkasakan dengan ciri AI OPPO lain seperti AI Unblur dan AI Eraser, teknologi kamera OPPO membolehkan peminat merakam jaringan, aksi menyelamat dan pelbagai detik epik dengan mudah — menukar keterujaan di padang menjadi kenangan abadi yang tidak akan dilupakan.

oppo ucl mb min OPPO & Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA: Memacu Inovasi Bola Sepak Di Dalam dan Di Luar Padang
Oppo

Detik lagenda di padang kini dapat dirakam dengan teknologi OPPO.

02Legendary moments on the pitch captured by OPPO technology OPPO & Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA: Memacu Inovasi Bola Sepak Di Dalam dan Di Luar Padang

Mewujudkan Platform Global untuk Budaya Bola Sepak Melalui Teknologi.

Menjelang Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA, OPPO menjemput Duta Jenama Global, Kaká, dan lagenda bola sepak Brazil, Cafu, untuk mengetuai beberapa klinik latihan bola sepak amal bersama atlet muda dari Brazil di Munich. Ia merupakan peluang yang jarang berlaku bagi pemain muda tersebut untuk belajar secara terus daripada idola bola sepak mereka.

Selepas sesi latihan, bekas pemain antarabangsa England dan penyampai sukan popular, Micah Richards, turut serta dalam perlawanan eksklusif 5 lawan 5 bersama para pemain muda, dengan para legenda menggunakan teknologi berkuasa AI daripada OPPO untuk merakam detik-detik sempurna di atas padang.

Pada hari perlawanan akhir, OPPO turut menghimpunkan Kaká, legenda Liga Juara-Juara UEFA Esteban Matías Cambiasso Deleau, dan pemain bola sepak wanita muda dari China untuk bermain sukan kuno seperti bola sepak dari China yang dikenali sebagai Cuju. Aktiviti ini menghubungkan budaya bola sepak pelbagai zaman sambil memperlihatkan kuasa penyatuan sukan bola sepak.

Melalui pelbagai program aktiviti sepanjang kejohanan ini, OPPO sedang membina sebuah platform global yang menghubungkan peminat dan pemain bola sepak di seluruh dunia melalui bahasa universal bola sepak. Dengan membantu mempromosikan sukan ini, meningkatkan kemahiran teknikal pemain, serta memberikan inspirasi daripada wira bola sepak, program-program ini membuka peluang berharga untuk pembangunan belia, sekaligus memartabatkan permainan dan budaya bola sepak di peringkat global.

03Kaka Micah Richards and Cafu coached and played a friendly 5v5 game with young players from Brazil OPPO & Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA: Memacu Inovasi Bola Sepak Di Dalam dan Di Luar Padang

Memberdayakan Generasi Baharu Pemain Bola Sepak di Seluruh Dunia Melalui Program Komuniti

Di samping pelbagai aktiviti sempena perlawanan akhir tahun ini, OPPO turut melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan dan pencarian bakat di seluruh dunia sepanjang musim ini, sempena tahun ketiganya sebagai Rakan Produk Telefon Pintar Rasmi Liga Juara-Juara UEFA.

Di Brazil, OPPO telah melancarkan inisiatif sukan menyeluruh di empat komuniti di São Paulo bagi menyokong pembangunan bola sepak belia. Program ini merangkumi kerja-kerja naik taraf padang bola sepak tempatan, sumbangan peralatan dan kelengkapan sukan, sesi latihan profesional, serta menyediakan laluan kepada pemain muda untuk menyertai kelab profesional.

Di Mesir, OPPO telah bekerjasama dengan The Maker Football School untuk menganjurkan The Maker OPPO Dream League — sebuah kejohanan bola sepak belia peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk mencari dan membangunkan bakat muda bola sepak terbaik di Mesir. Selain menganjurkan kejohanan yang kompetitif ini, OPPO turut menyediakan program kejurulatihan menyeluruh dan pembangunan pemain bertaraf dunia bagi membantu pemain muda merealisasikan impian mereka menjadi bintang bola sepak.

Di Mexico, OPPO turut mengumumkan kerjasama strategik bersama UNESCO dan institusi sukan perbandaran Puebla dan Chihuahua untuk memperkasakan pemain bola sepak muda di seluruh negara. Melalui kerjasama ini, OPPO akan menyediakan peralatan latihan penting dan teknologi terkini bagi memupuk generasi baharu bakat bola sepak serta menyemarakkan aspirasi bola sepak profesional dalam kalangan belia tempatan.

04OPPO is partnering with UNESCO the municipal institutes of Sports of Puebla and Chihuahua to support aspiring young football players in the country OPPO & Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA: Memacu Inovasi Bola Sepak Di Dalam dan Di Luar Padang

Sejak memulakan kerjasama dengan Liga Juara-Juara UEFA, OPPO terus memperkasakan peminat bola sepak di seluruh dunia. Dengan teknologi dan produk canggihnya, OPPO menjadikan rakaman, perkongsian, dan mengimbas kembali detik-detik paling mendebarkan dalam perlawanan lebih mudah daripada sebelumnya.

Di dalam stadium, peranti berteknologi tinggi OPPO membolehkan peminat merakam sorotan ikonik perlawanan dan memperkuatkan semangat mereka terhadap bola sepak. Di luar stadium pula, OPPO bekerjasama dengan komuniti global untuk menyediakan platform pembangunan, sumber, dan teknologi bagi menyokong pertumbuhan bola sepak yang mampan.

Melangkah ke hadapan, OPPO kekal komited untuk menghubungkan peminat bola sepak di seluruh dunia melalui teknologi, membuka potensi tersembunyi sukan ini, dan terus memperkasakan lebih ramai pemain serta peminat bola sepak untuk “Cipta Detik Anda”.