P. Maniam Bawa Dua Pemain PJ City Sertai Harini FT
Dunia
Wikipedia
Advertisements

Jurulatih baharu Harini FT, P. Maniam difahamkan sah berjaya membawa dua bekas pemain PJ City ke dalam pasukannya.

Dua pemain tersebut berusia 25 tahun iaitu D. Kugan yang beraksi di sayap kanan, dan M. Tamilmaran beraksi di pertahanan tengah PJ City.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi semalam menyatakan dua tonggak utama PJ City berkelana ke Liga M3 musim hadapan.

Advertisements

PJ City antara pasukan yang sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan. Oleh itu, kesemua pemain akan dilepaskan.

Memetik laporan daripada Zulhelmi Zainal Azam di Twitter, difahamkan Harini FT akan merekrut 10 pemain PJ City. Ini bermakna 8 lagi pemain mungkin dalam proses untuk menandatangani kelab Liga M3 itu.

Setakat ini, tiada lagi pengumuman rasmi yang dibuat oleh kelab Harini FT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram