Advertisement
P. Maniam Sertai Harini FT
Dunia
MakanBola
Pj city fc

Bekas jurulatih Petaling Jaya FC, P. Maniam difahamkan akan mengemudi kelab daripada Liga M3, Harini FT.

Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi yang menyatakan bahawa P. Maniam menandatangani kontrak 1 musim bersama kelab Harini FT.

Sebelum ini, jurulatih berusia 54 tahun itu menjadi rebutan dua pasukan yang akan beraksi di Liga Super iaitu Penang dan PDRM.

Jurulatih kelahiran Selangor ini merupakan seorang jurulatih yang sangat berpengalaman dalam Liga Malaysia dan kehebatannya ternyata terbukti dengan mengekalkan falsafah yakini lokal bersama PJ City sejak mengendalinya pada musim 2021.

Kehadiran P. Maniam dalam saingan Liga M3 ini pasti memberi amaran awal buat pasukan lain bahawa Harini FT semakin serius untuk terus memacu nama ke peringkat tertinggi.