Pablo Aimar Menangis Selepas Messi Jaringkan Gol
Dunia
Afaseleccion
Advertisements

Penolong ketua jurulatih Argentina, Pablo Aimar dilihat menangis terharu selepas bintang dunia, Lionel Messi menjaringkan gol pendahuluan ketika menentang Mexico semalam.

Hal ini kerana ini adalah perlawanan misi wajib menang buat Argentina untuk berpeluang melayakkan diri ke peringkat seterusnya selepas tewas mengejut menentang Arab Saudi tempoh hari.

Jika Argentina tewas semalam, harapan Argentina untuk menjadi juara Piala Dunia 2022 ini sudah musnah.

Advertisements
https://twitter.com/gooner_dynasty/status/1596638643376263168?s=61&t=hfVJs2Yz69_N7ZshpFarMA

Argentina berjaya meraih tiga mata penting dengan menundukkan Mexico dengan keputusan 2-0 dan Enzo Fernandez menjadi penjaring gol kedua untuk mengesahkan kemenangan.

Untuk pengetahuan, Lionel Messi telah menyamai rekod bekas legenda bola sepak dunia, Diego Maradona dengan lapan gol dalam kejohanan Piala Dunia.

Argentina ketika ini berada di tangga kedua bagi kumpulan C, berkongsi mata bersama Arab Saudi dan berbeza satu mata sahaja dengan pasukan Poland.

Advertisements

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyaksikan Argentina akan bertemu Poland pada 1 Disember ini jam 3 pagi waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram