Pan-gon Hidupkan Dimensi Baharu Bola Sepak Malaysia- RMS
Dunia
selangorfc
Advertisements

Penaung diraja kelab bola sepak Selangor FC, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah melaungkan keyakinan terhadap potensi barisan kejurulatihan baharu skuad Harimau Malaya.

Baru-baru ini, ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bersama barisan kejurulatihannya mengadakan kunjungan delegasi Teknikal FAM ke ‘Home Of The Red Giants’.

“Saya harap staf kejurulatihan baharu yang diketuai oleh beliau ini (Pan Gon) akan dapat membawa kejayaan kepada skuad Harimau Malaya.

Advertisements

“Sudah tentu dengan kehadiran barisan kejurulatihan import ini, kita mahu melihat mereka ini dapat berkongsi ilmu pengetahuan bola sepak dan ini peluang untuk pemain-pemain kita meningkatkan lagi tahap permainan apabila dipanggil ke pasukan kebangsaan.

Pengerusi Selangor FC itu berpendapat dengan kehadiran jurulatih import sedikit sebanyak dapat membuka dimensi yang baharu dalam arena bola sepak Malaysia.

Tengku Amir Shah dalam pada itu mengharapkan Pan-gon mampu membawa skuad kebangsaan ke satu tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Advertisements

“Ia akan memberikan kita satu perspektif baharu, idea baharu untuk cara kita berlatih, cara mempersiapkan pasukan dan juga dari sudut taktikal.

“Harap prestasi pasukan kebangsaan akan lebih meningkat dan kita dapat mencapai kemenangan serta kejayaan yang lebih baik,” kata Tengku Amir Shah dalam laman sosial Instagram Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram