Kim Pan-gon Sanggup Ambil Risiko Demi Melihat Harimau Malaya ‘Terbang Tinggi’
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, KIm Pan-gon menjangkakan bahawa para peminat bakal melihat potensi sebenar pasukan kebangsaan tidak lama lagi.

Beliau menyatakan, perlawanan menentang Singapura tempoh hari telah membantu Pan-gon untuk mengenal pasti segala kelemahan dan kekurangan pasukan untuk memantapkan lagi persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Bukan itu sahaja, kehadiran jurulatih yang berasal dari Korea Selatan ini juga berjaya mengubah corak permainan yang lebih agresif dan juga progresif ketika ini.

Advertisements

Sunguhpun begitu, beliau mengakui bahawa Harimau Malaya tidak sepatutnya tewas ketika menentang Singapura tempoh hari.

‘Ini perlawanan yang sepatutnya kita tidak kalah jika mengikut apa yang kami persembahkan,’ -ujar Kim dalam satu temubual.

‘Kita bermain dengan baik dan sepatutnya menang tetapi perlawanan sebegini berlaku dan saya faham kesedihan penyokong Malaysia.’

Advertisements

Beliau turut menambah, usaha-usaha yang dilakukan ini juga sudah pun diteliti dan dikenal pasti bagi melihat Harimau Malaya memperoleh hasil yang positif selain meningkatkan kualiti pasukan.

‘Apabila kita mahu menyerang, sudah tentu perlu ambil risiko. Saya boleh katakan jika mahu seri dengan Singapura, saya boleh lakukan, tetapi itu bukan apa yang saya mahu.’

‘Kita mahu menang perlawanan dan itu berbuat begitu perlu berani menjadi positif. Itulah caranya seandainya kita mahu mencapai tahap yang lebih tinggi.’

Advertisements

Sungguhpun pasukan negara tewas, Kim Pan-gon dilihat sudah berjaya meneliti beberapa aspek yang perlu ditambah baik di samping melihat potensi sebenar para pemain setelah menjalani sesi latihan selama hampir 10 hari.

Malaysia bakal menutup siri perlawanan persahabatan menentang Albirex Nigata malam ini dalam usaha untuk meraih keputusan yang positif daripada perlawanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram