Park Hang-seo Mungkin Tinggalkan Vietnam

Park Hang seo 3 Park Hang-seo Mungkin Tinggalkan Vietnam
Foto: the-afc
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Masa depan Park Hang-seo sebagai jurulatih kebangsaan Vietnam terus menjadi tanda tanya, sama ada khidmat beliau akan dikekalkan atau sebaliknya.

Kontrak Park Hang-seo bersama Federasi Sepak Bola Vietnam (VFF) akan berakhir pada bulan Januari 2023. 

Advertisements

Beliau ada menyatakan bahawa mungkin kejohanan AFF tahun ini akan menjadi tahun terakhirnya.

Namun, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini menyatakan bahawa beliau akan berbincang semula berkenaan kontraknya bersama persatuan bola sepak Vietnam. 

Advertisements

“Oktober ini, saya akan berbincang dengan VFF berhubung situasi kontrak saya.  Saya masih mahu memberikan yang terbaik untuk Piala AFF 2022 akan datang, kerana ini mungkin atau mungkin bukan kejohanan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Vietnam.

“Semuanya bergantung pada masa depan. Saya mahu melakukan yang terbaik pada masa sekarang untuk kejohanan akan datang.”

Advertisements

“Sejak saya mengendalikan Vietnam, saya telah memenangi banyak gelaran tetapi masih mahu berjaya. 5 Oktober akan menandakan tahun kelima saya sebagai ketua jurulatih Vietnam,” kata Park kepada Media Vietnam dipetik daripada Mainstand

Park Hang-seo merupakan jurulatih bola sepak paling berpengaruh dalam sejarah Vietnam kerana revolusi yang telah dilakukannya sejak diberikan tanggungjawab mengemudi pasukan Vietnam pada tahun 2017. 

Advertisements

Pastinya khidmat jurulatih berusia 65 tahun ini masih ditagih oleh VFF untuk terus memacu Vietnam ke peringkat tertinggi.