Park Tae-soo Cakap Loghat Sabah, Suka Reka Bentuk Jersi Terbaru
TV
Sabah FC
Advertisements

Melihat pemain import berusaha berkomunikasi dalam Bahasa Melayu semestinya mengujakan para penyokong. Atas sebab inilah, ramai penyokong Sabah suka melihat video Park Tae-soo bercakap dalam Bahasa Melayu loghat Sabah semalam.

Video tersebut merupakan sebahagian daripada video promosi jersi home Sabah untuk musim 2023. Dan bagi bekas bek tengah FC Anyang itu, reka bentuk jersi baru buatan Lotto itu sudah menambat hatinya.

“Bagi saya, dalam tempoh lima tahun, ini (jersi home) yang paling cantik. Saya suka ini kerana ia nampak klasik terutama pada bahagian kolar,” katanya dalam video berkenaan.

Advertisements

Bila ditanya rating untuk jersi berkenaan, Tae-soo yang sudah bersama Sabah sejak 2019 memberi rating 10/10.

Ini jelas menunjukkan jersi buatan Lotto itu bukan sekadar diminati oleh para penyokong skuad Badak. Malah, ia turut mendapat sambutan baik dalam kalangan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Kefasihan Tae-soo bertutur dalam Bahasa Melayu juga dapat membantu rakan senegara Ko Kwang-min membiasakan diri dengan suasana dan persekitaran pasukan. Kwang-min menyertai Sabah secara percuma dari FC Seoul dan diperkenalkan di Stadium Likas beberapa hari lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram