Advertisement
Pasukan Liga M3 Diberi Peringatan Keras Tentang Pembayaran Gaji Pemain
Dunia
MakanBola
FAM

Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi peringatan keras kepada pasukan Liga M3 berkenaan pembayaran gaji pemain kerana tidak mahu isu bayar gaji ini berlaku lagi.

Beliau sentiasa berpesan kepada pasukan liga M3 supaya jangan berbelanja lebih daripada kemampuan harus ukur baju di badan sendiri.

Yusoff turut memberi pendapat kepada semua pasukan Liga M3 seharusnya meletakkan harga siling gaji buat setiap pemain bagi memastikan pengurusan kewangan stabil dan tidak berbelanja berlebihan.

“Kita sangat prihatin dengan isu tidak bayar gaji dan selalu berpesan dalam perjumpaan bersama pasukan supaya jangan berbelanja di luar kemampuan. Kita juga nasihatkan untuk (pengurusan pasukan) meletakkan harga siling gaji buat pemain,”

“Kita tidak mahu lagi mereka (pasukan) ambil pemain Liga Super yang sebelum ini, mungkin gaji mereka mencecah RM40,000 pun turut dibayar dengan harga sama di Liga M3,”

“Jadi saya sarankan untuk letak RM10,000 untuk pemain. Biar pasukan Liga M3 mahu ada siling gaji untuk dipatuhi,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau sebelum ini pernah mengumumkan sebanyak 14 pasukan bakal mengambil bahagian dalam perlawanan Liga M3 musim hadapan. Format yang digunakan dalam liga tersebut adalah dua pasukan teratas akan bermain dalam saingan Liga Super 2024.