Advertising
Patrick Kluivert Sah Bimbing Indonesia
MakanBola
PSSI

Legenda Belanda, Patrick Kluivert sah menggalas peranan sebagai jurulatih baharu Indonesia.

Pelantikan bekas jurulatih Adana Demirspor berusia 48 tahun itu diumumkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) di laman sesawang rasmi mereka.

Kluiverti dibawa masuk sebagai pengganti jurulatih sebelumnya dari Korea Selatan, Shin Tae-yong.

Ad

“PSSI rasmi menetapkan Patrick Kluivert sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan Indonesia. Jurulatih Belanda itu mengikat kontrak selama dua tahun dari 2025 hingga 2027 dengan klausa lanjutan kontrak,” kata PSSI dalam satu kenyataan.

Ad

Nama Kluivert bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak. Ini kerana beliau pernah beraksi dengan beberapa kelab terkenal seperti Ajax Amsterdam, A.C Milan, Barcelona dan Newcastle United.

Selepas menggantung but pada 2008, Kluivert menggalas peranan kejurulatihan bersama AZ Alkmaar, NEC Nijmegen dan Brisbane Roar.

Ad
Ad

Beliau kemudiannya menjadi pembantu Louis van Gaal semasa beliau membimbing Belanda dari 2012 hingga 2014. Tahun 2014 menyaksikan Oranje meraih tempat ketiga Piala Dunia 2014.

Ad

Selain Belanda, beliau juga pernah menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan Cameroon dari 2018 hingga 2019.

Indonesia bukan tugasan pertamanya sebagai jurulatih skuad kebangsaan. Ini kerana Kluivert pernah melatih Curacao dari 2015 hingga 2016 dan 2021.

Bekas pengarah sukan Paris Saint-Germain itu bakal dibantu bekas pengurus Almere City, Alex Pastoor dan bekas jeneral tengah Wigan Athletic, Denny Landzaat. Kluivert juga akan dibantu dua jurulatih Indonesia sebagai penolong jurulatih.

Bekas pengarah akademi Barca itu dijangka tiba di Indonesia pada 11 Januari sebelum diperkenalkan secara rasmi kepada umum sehari selepas itu.

Kluivert bakal mengemudi Tim Garuda buat kali pertama apabila pasukan itu turun menentang Australia pada 20 Mac ini di Sydney.

Setelah itu, beliau akan melatih Indonesia di hadapan penyokong di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) pada 25 Mac untuk aksi menentang Bahrain.