Pau Larang Quang Hai Sertai Piala AFF
Dunia
Pau FC
Advertisements

Hasrat bintang tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai menyertai skuad Piala AFF negara itu pada akhir tahun ini tidak kesampaian.

Ini selepas kelabnya dari Ligue 2, Pau FC tidak membenarkan hal itu berlaku kerana kejohanan tersebut diadakan di luar kalendar FIFA.

Perkara ini turut disahkan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hoai Anh.

Advertisements

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, “Disebabkan Piala AFF 2022 tidak diadakan dalam kalendar FIFA, Pau FC tidak membenarkan Quang Hai pergi.

“Kehilangan Quang Hai sememangnya sesuatu yang malang tetapi pasukan kebangsaan Vietnam mempunyai ramai pemain sebagai pilihan sandaran.”

Quang Hai sebelum ini pernah menyatakan hasrat beraksi di Piala AFF 2022 selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih Park Hang-seo.

Advertisements

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau menyerahkan kepada budi bicara Pau FC sama ada untuk melepaskannya beraksi dalam kejohanan itu atau tidak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram