Pau Marti Mahu Harimau Malaya Kembali Bertaring
Dunia
MakanBola
Pau Marti
Advertisements

Pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon secara rasminya telah diumumkan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya dalam satu sidang media oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bertempat di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Pan-gon hadir bersama empat lagi pembantu dan beliau telah memperkenalkan senarai barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya yang baharu di bawah kendaliannya.

Advertisements

Pau Marti Vicente, jurulatih yang berusia 38 tahun dari Sepanyol telah ditugaskan sebagai penolong ketua jurulatih. Beliau bakal menjadi watak penting dalam membantu Kim Pan-gon mengendalikan skuad kebangsaan kelak.

Pau Marti di laman Twitter miliknya hari ini telah membuat satu ciapan apresiasi dan meluahkan keterujaannya. Pau Marti menganggap perlantikan ini sebagai satu penghormatan dan beliau sangat gembira untuk memulakan cabaran baharu bersama Harimau Malaya.

Advertisements

“Pengembaraan baharu. Sangat gembira untuk memulakan cabaran ini di Malaysia bersama Kim Pan Gon & kakitangan yang lain. Ia adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga FAM.”

Pau Marti dalam pada itu tekad dan berjanji untuk membanggakan rakyat Malaysia. Beliau akan membantu Pan-gon untuk memimpin skuad kebangsaan berada pada tahap terbaik.

Advertisements

“Kami akan memberikan yang terbaik untuk membanggakan rakyat Malaysia dan pasukan kebangsaannya.”

Pau Marti Vicente sebelum ini merupakan pembantu jurulatih kepada pasukan bawah 18 tahun Barcelona. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang kejurulatihan, beliau pasti akan membantu Pan-gon.