Pau Marti: Sasaran Kita Pada Jun, Kita Akan Cipta Sejarah Buat Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penolong jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente melaungkan semangat dan mengajak seluruh peminat bola sepak tempatan untuk membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun kelak bagi memberi sokongan yang jitu kepada skuad Harimau Malaya.

Pau Marti di laman Twitter miliknya hari ini telah membuat satu ciapan mengulas perihal pengalaman singkatnya bersama kem Harimau Malaya. Menurutnya pengalaman bersama skuad kebangsaan adalah sebuah memori yang menakjubkan.

Bekas pengendali B-18 Barcelona itu turut memuji komitmen yang telah diberikan oleh para pemain ketika aksi Tri-Nations Series 2022. Jurulatih yang berusia 38 tahun itu juga berterima kasih atas kerjasama daripada semua pihak termasuk para pegawai dan kakitangan Harimau Malaya.

Advertisements

“Ia adalah tempoh yang sangat singkat sejak ketibaan kami, namun ia merupakan satu pengalaman yang menakjubkan setakat ini.”

Pau Marti dalam pada itu dilihat amat gembira dan sempat menzahirkan rasa teruja tatkala menerima kehadiran penyokong di Singapura tempoh hari. Jurulatih yang berasal daripada Sepanyol ini mengharapkan sokongan yang padu daripada para peminat berterusan sehingga bulan Jun kelak.

“Komitmen daripada kakitangan dan pemain sangat besar dan kami sudah mula merasakan sokongan daripada peminat. Sasaran kita pada bulan Jun, kita mesti mengisi Stadium yang hebat ini dan mencipta sejarah untuk Malaysia”

Advertisements

Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue rasmi bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 untuk saingan kumpulan E. Malaysia yang diundi bersama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh akan mula berentap pada tarikh 8 Jun kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram